a Mengapa Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) Boleh Dikalahkan Oleh Jufazli Shi Ahmad (Rakyat Sabahan) Dalam Kes Akta Hasutan di Sabah? - Katakau2u

TriVago

Mengapa Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) Boleh Dikalahkan Oleh Jufazli Shi Ahmad (Rakyat Sabahan) Dalam Kes Akta Hasutan di Sabah?

Mengapa Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)  Boleh Dikalahkan Oleh Jufazli Shi Ahmad (Rakyat Sabahan) Dalam Kes Akta Hasutan di Sabah?


1] Kegagalan penyiasatan dan perisikan maklumat oleh Musa Aman bersama UMNO-BN. Ini faktor paling besar kekalahan Musa Aman. Bukti-bukti Jufazli membuat jenayah menghasut tidak ditemui walaupun Musa Aman sudah mengeluarkan arahan politik kepada agensi tunggangannya iaitu PDRM untuk menangkap Jufazli di Kuala Lumpur. Selepas 8 bulan siasatan, pihak pendakwaan memutuskan dan memaklumkan kepada Musa Aman bahawa mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk Jufazli didakwa di Mahkamah. Maka, ini penyebab mengapa Musa Aman kalah teruk di luar mahkamah.

2] Fakta kes yang dipilih oleh Musa Aman dan UMNO-BN adalah fakta kes yang sangat lemah semasa mereka membuat laporan Polis di semua cawangan PDRM di Sabah. Semasa siasatan, pasukan Musa Aman gagal menunjukkan unsur-unsur hasutan dalam kenyataan dan hujah yang dikeluarkan oleh Jufazli. Jufazli menyatakan bahawa mengkritik Musa Aman sebagai perompak wang kayu balak rakyat Sabah bukan satu hasutan. Tetapi ia adalah fakta kebenaran kerana rekod Musa Aman merompak ada di dalam bidang penyelidikan korpus ilmu Sains Politik. Oleh itu, akibat kelemahan teknikal ini, Musa Aman kalah dengan Jufazli sekalipun dakwaan "Hasutan" ini dibuka sendiri oleh Musa Aman di Sabah.

3] Sekalipun Musa Aman ada duit yang banyak hasil merompak wang rakyat Sabah dan dilindungi segala jenayahnya oleh Putrajaya dan Najib Razak, namun kelemahan paling teruk menyebabkan Musa Aman tewas ialah laporan perisikan antarabangsa yang sahih menyatakan Musa Aman merompak wang kayu balak tidak dapat ditutup dengan baik oleh kerajaan. Skandal rasuah Jabatan Air Sabah juga Musa Aman gagal nafikan penglibatannya sehingga hari ini.  Sehubungan itu, Musa Aman bersama kerajaan korup UMNO-BN sendiri tidak tahu bagaimana mereka akan menang kes ini melawan Jufazli. Maka, dari aspek psikologi perlawanan kes Hasutan, belum masuk mahkamah, Musa Aman sudah putus asa dan mengaku kalah.

4] Kesimpulannya, dua siri tangkapan yang dibuat oleh pihak kerajaan ke atas Jufazli Shi Ahmad adalah bermotifkan politik. Ia adalah arahan daripada Musa Aman sekalipun Jufazli tidak bersalah. Tindakan politik ini akhirnya bercanggah dengan prosedur penyiasatan PDRM seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Sabah dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Paling penting, Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah untuk digunapakai di Sabah kerana ia hanya sah di Semenanjung Malaysia. Musa Aman juga tidak berani meneruskan dakwaan ini kerana dia sendiri tahu bahawa Jufazli mempunyai pasukan Peguam yang hebat untuk melawan Akta Hasutan yang tidak sah dikuatkuasakan di Sabah. Atas rasa marah Musa Aman dipanggil perompak wang rakyat Sabah, Jufazli jadi mangsa politik dan ia menjadi sebab mengapa Jufazli semakin kuat melawan kerajaan perompak di Sabah.

5] Sila kongsikan fakta-fakta ini agar ia menjadi pengajaran kepada masyarakat kita agar mereka tahu melawan dan mempertahankan hak mereka jika dipijak-pijak oleh Musa Aman perompak ini.Tahniah sekali lagi kepada Jufazli Shi Ahmad dan Rakyat Sabahan yang bersuara bersama beliau di sini. Ini kemenangan bersejarah rakyat Sabah dalam menegakkan kebenaran demi selamatkan Sabah dalam Malaysia.

Checkmate!

-GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH-
Mengapa Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) Boleh Dikalahkan Oleh Jufazli Shi Ahmad (Rakyat Sabahan) Dalam Kes Akta Hasutan di Sabah? Mengapa Musa Aman (Ketua Menteri Sabah)  Boleh Dikalahkan Oleh Jufazli Shi Ahmad (Rakyat Sabahan) Dalam Kes Akta Hasutan di Sabah? Reviewed by JICKSON KANDI on July 11, 2017 Rating: 5

No comments

PageNavi Results No.