a Soalan ramalan SPM 2016 - Katakau2u

TriVago

Soalan ramalan SPM 2016

Hari ini da start exam SPM khusus untuk pelajar Tingkatan 5 tahun ini...

Make money from your Website or Blog with BidVertiser

Harap korang da ready...da ulangkaji banyak2, da bt latih tubi...

Saya SPM pada tahun 2000, 16 tahun yg lalu..perasaan nevess tu masi terasa...hihi

Pa pun nk share sikit soalan spot SPm...sy dpt dari kwn...ini sbgai panduan jer tau...Gud Luck exam..buat yg the best kio...

Soalan SPOT SPM 2016


BM 1

Bahagian A


Punca-punca amalan gotong-royong semakin dipinggirkan oleh masyarakat.


Bahagian B


1. Pengalaman mengikuti sesuatu aktiviti menarik yang dianjurkan oleh pihak sekolah merupakan sesuatu yang sukar dilupakan. Anda telah mengikuti aktiviti tersebut. Nyatakan aktiviti tetsebut dan ceritakan penngalaman menarik yang telah anda lalui.

2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu kejayaan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran selain pihak sekolah, guru dan rakan-rakan mereka.

Bincangkan penyataan ini.


3. Pengangguran dalam kalangan siswazah akan menjejaskan kemajuan negara.

Bincangkanusaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan kadar penganguran dalam kalangan siswazah.


4. Anda menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu sekolah anda bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Tajuk syarahan tersebut ialah 'Kehadiran pekerja asing di negara kita membawa kesan positif dan negatif kepada negara dari segi ekonomi.'

Sediakan teks syarahan tesebut selengkapnya.


5. Pantun di bawah merupakan warisan.bangsa yang dibawa turun-temurun kepada generasi hari.ini.


Kalau ada jarum yang patah

Jangan simpan di dalam peti

Kalau ada silap dan salah

Jangan simpan dalam hati.


Dengan berdasarkan maksud pantun di atas, huraikan sebab-sebab masyarakat dahulu sering mengamalkan sikap saling memaafkan dalam kehidupan.


BM 2


Soalan 1:

Soalan Rumusan: Pelancongan


Soalan 2 (b) pemahaman cerpen - Hipertensi.


Komsas: perwatakan/persoalan/nilai/pengajaran/latar masyarakat..Ingat peristiwa---ingat 7 perkara.

Soalan 2 (c) pemahaman prosa tradisional. Kepemimpinan Melalui Teladan

Soalan 2 (d) www.sibermerdeka.com

Komsas: nilai/persoalan/pengajaran/gaya bahasa.

- kemahiran mencipta syair yang bertemakan semangat cinta akan negara


Soalan 3 (a) Bina ayat majmuk dengan kata kerja transitif yang dikategorikan sebagai homonim seperti.mengerat, memotong, menebang, menebas dsb.

3 (b) menyambungkan atau memisahkan ayat

3 (c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

3 (d) Kesalahan kata atau Istilah dan kesalahan bahasa.

3 (e) Peribahasa berdasarkan situasi.


Soalan 4 - Novel

4 (a) Watak yang hebat dan menarik perhatian pembaca ialah watak yang mempunyai nilai kemanusiaan, nilai kemasyarakatan dan nilai keagamaan. Huraikan setiap satu nilai tesebut yang dimiliki oleh watak utama dalam.novel yang anda kaji.


4 (b) Anda sangat meminati novel yang anda pelajari semasa Tingkatan 5. Namun demikian, anda tidak bersetuju tentang tajuk novel tersebut. Cadangkan tajuk novel tersebut mengikut pendapat anda dan kemukakan alasan yang kukuh untuk menyokongnya.

(Sumber: Abdul Ghalib Yunus)
Soalan ramalan SPM 2016 Soalan ramalan SPM 2016 Reviewed by JICKSON KANDI on November 05, 2016 Rating: 5

No comments

PageNavi Results No.